Monday, November 6, 2017
KANSER PAYUDARA erti/faktor/gejala/tahap/rawatan
Keterangan Awal !
-kanser payudara adalah PEMBUNUH UTAMA kaum wanita
-Ia biasanya menyerang wanita dalam kalangan umur 20-an dan ke atas.
-Hampir separuh dari wanita yang di diagnosis mengidap kanser payudara mendapat berita ini pada usia kurang dari 50 tahun.
Pengertian !
-Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.
-Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu.
-Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.
-Ketumbuhan terbahagi kepada 2 jenis ketumbuhan (biasa didengari) iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan (tumor jenis barah).
-Benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa penghidap-penghidapnya.
-Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara.
-Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.
-Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekali gus memasuki saluran darah serta sistem limfa.
-Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya.
-Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
Faktor-faktor Yang Mungkin Menambah Risiko Wanita Untuk Menghidap Kanser Payudara !
- Penyakit keturunan / Ada ahli keluarga yang menghidapnya.
- Usi yang telah meningkat.
- Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
- Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.
- Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun).
- Telah mendapat kanser pada satu payudara.
- Puting pada payudara berdarah .
- Ruam dibahagian puting.
- Puting tertarik kedalam - Puting tertarik ke dalam adalah satu keadaan normal dan semula jadi pada sesetengah wanita. Walau bagaimanapun sekiranya keadaan ini baru berlaku dan terjadi tanpa sebab, anda harus berjumpa doktor.
TAHAP 1
- ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya.
- sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
- ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat antara 2 cm hingga 5 cm.
- Ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
- Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm
- barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
- serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara.
- Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.
- Rawatan termasuk pembedahan, rawatan radiasi, rawatan hormon dan kemoterapi.
- Perlu diingati bahawa pengesanan awal kanser payudara bererti rawatan lebih berkesan dan mungkin boleh dipermudahkan dan pembedahan konservatif boleh dijalani.
- Pembedahan konservatif adalah merujuk kepada pembuangan sebahagian daripada payudara sahaja, iaitu, bahagian di mana kanser berada.
- Mastektomi merupakan pembedahan di mana seluruh payudara “dibuangkan”.
- Pembentukan semula payudara boleh dijalankan untuk mereka yang melalui mastektomi.
- Perbincangan mengenai ini harus berlaku awal-awal lagi sebelum terapi yang lain bermula.
- Ini membolehkan perancangan rawatan anda secara menyeluruh dan akan melibatkan pakar pembedahan plastik.
- Rawatan alternatif termasuk rawatan menggunakan herba dan rawatan secara pemakanan juga boleh dilakukan.
- Apa-apa jenis rawatan tidak harus dicampur aduk.
- Selalunya, adalah disyorkan bahawa, seseorang itu patut menghabiskan rawatan “konvensional” terdahulu sebelum berpaling kepada rawatan alternatif.
Kejayaan sesuatu rawatan juga dipengaruhi oleh kesihatan umum dan sikap seseorang terhadap penyakitnya. Sesuatu yang penting ialah anda tidaklah harus mempercayai dengan harapan-harapan palsu. Malah, anda haruslah dimaklumkan akan kesan sampingan serta darjah ketidaksempurnaan hasil daripada menjalani pembedahan, kemoterapi ataupun radioterapi.
HARGAILAH DIRI ANDA πππ!!!
HARGAILAH DIRI ANDA πππ!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)