Thursday, June 10, 2021

RESEPI SWEET CORN | simple

 



Assalammualaikum wbt semua ! Selamat Datang ke Blog Harian Cik Syamimi . So , harini saya akan membuat Sweet Corn / Jagung Manis ala-ala  pasar malam . Cuti-cuti lockdown ni tambah2 pulak musim hujang , fuhh layan movie sambil makan jagung ni memang mantoppp.  Sat gi nak pi amek aih , terliuq lak sambil menaip ni . So yang mana memang dah berhasrat nak buat ataupun saje jenguk2 page Cik Syamimi tu , meh la join sekali buat tauu !

Bahan-bahan :
  • sepeket jagung sahaja tanpa batang 
  • Margerin / butter 
  • Garam'
  • Susu pekat




Cara-cara :
  1. Kukus jagung sehingga lembut berkilat .
  2. Sediakan mangkuk , letakkan 2-3 senduk jagung yang telah dikukus (panas-panas) .
  3. Masukkan 2 sudu margerin , 2 sudu susu pekat dan secubit garam . Ikut korang la nak manis2 letak lebih sikit susu pekat tu , bior sambil makan sambil senyum2 manis giteww hahaha.
  4. Gaul rata dan siap .
    Sedap , MANIS MACAM CIK SYAMIMI !

  5. Sambung yang lain sehingga siap .
  6. Sedap dimakan panas2 sebab ada kuah dan aroma jagung yang menusuk kalbu , kalau dah sejuk letak dalam peti ke , still bole makan tau ,asalkan korang letak luar dulu dalam 5 minit baru ngap. Ataupun bole kukus semula jagung tu . No problem . Dah ! Jom Makannnnn ! 

Selamat Mencuba ! 


No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum kepada pembaca :) . Terima kasih kerana sudi membaca blog Cik Syamimi ! Nak request artikel apa-apa , awak boleh komen bawah ni . Lots of love for you'all !