Monday, June 7, 2021

RESEPI KUAH ASAM SAYUR

 


Assalammualaikum wbt ! Hai semua pembaca-pembaca yang Cik Syamimi sayanggg ! Yeay kalini Cik Syamimi nak share resepi kuah asam yang x kan muak pun kalau masak banyak kali . Senang je resepi ni , korang boleh campak sayur apa-apa pun yang korang suka . Cik Syamimi pun masukkan sayur-sayur kegemaran so bila makan nanti makin berselera ! 

Hidangan : 😝😝😝

SO lesguuuuu !

Bahan-bahan :
  • Sepeket putik jagung 
  • Bunga kubis
  • Sebatang bunga kantan (dibelah dua)
  • Sebiji tomato (dipotong empat)
  • 1 keping asam keping 
  • Sebatang serai ( diketuk)
  • Air secukupnya
  • Gula
  • Garam
  • Perasa (optional)
  • Sedikit serbuk lada hitam (optional)
Bahan kisar :
  • Sebiji bawang merah
  • 3 batang cili merah
  • 1 inci belacan 
  • segenggam ikan bilis

Cara-cara :
  1. Tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau .
  2. Masukkan air secukupnya , sebanyak mana kuah yang korang nak sesuai dengan keadaan sayur yang korang nak letak.
  3. Masukkan serai , asam keping , gula , garam , perasa , serbuk lada hitam , bunga kantan .
  4. Biar kuah mendidih dan rasa . Adjust la kalau kurang rasa .
  5. Masukkan bunga kubis , putik jagung dan tomato .
  6. Biarkan sekejap dan kuah asam anda siap untuk dihidang .
  7. Asingkan siap2 serai dan asam supaya kuah tak terlalu masam .
SELAMAT MENCUBA !

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum kepada pembaca :) . Terima kasih kerana sudi membaca blog Cik Syamimi ! Nak request artikel apa-apa , awak boleh komen bawah ni . Lots of love for you'all !