Monday, June 7, 2021

RESEPI MACARONI FASILLI GORENG UDANG


 Assalammualaikum wbt ! Hai semua harini Cik Syamimi nak kongsikan resepi macaroni goreng udang yang tersangat-sangat la simple dan sedap . Buat pecinta macaroni macam siput ni memang korang kena cuba especially yang single macam saya kan HAHA . Simple , sedap dan cepat . 


Cik Syamimi nak kongsi ayat ni , ayat ni selalu disebut oleh aunty cik syamimi , dia kata "Kalau nak makanan sedap , jangan sayang nak letak . Contohnya mcam udang ke sotong ke . Letak je sebijik-sebijik , puas makan ". Itulah katanya . Tapi masak macamana pun sedap je , yang penting mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim ✌😘.

Hidangan : πŸ‘©πŸ‘©πŸ‘©




Bahan-bahan:
  • 1/2 paket macaroni (fusilli) jenis lain pun boleh (direbus hingga lembut)
  • 2 senduk cili boh / sambal tumis
  • 2 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 3 biji bawang putih (dihiris halus)
  • 7 ekor udang
  • 1 sdk udang kering
  • 5 biji bebola ikan (belah dua)
  • gula 
  • garam
  • perasa
  • 2 sdk lada putih
  • air secukupnya
  • semangkuk kecil sayur campur .

Cara-cara :
  1. Tumis bawang merah , bawang putih dan udang kering sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili boh / sambal tumis . Tumis sehingga pecah minyak .
  3. Masukkan sayur campur .
  4. Masukkan bebola ikan dan udang .Masukkan secawan air . Biarkan seketika .
  5. Masukkan gula , garam , lada hitam dan perasa secukupnya .
  6. Masukkan macaroni / fisilli . Gaul rata . Biarkan rempah sekata dengan macaroni . Taburkan bawang goreng .
  7. Macaroni  siap untuk dihidangkan .

SELAMAT MENCUBAA !


No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum kepada pembaca :) . Terima kasih kerana sudi membaca blog Cik Syamimi ! Nak request artikel apa-apa , awak boleh komen bawah ni . Lots of love for you'all !