Monday, June 7, 2021

RESEPI MASAK LEMAK PETOLA ULAR


 
Assalammualaikum wbt semua ! Harini Cik Syamimi akan kongsikan resepi Masak Lemak Petola Ular versi aunty Cik Syamimi  . Dia ajar Cik Syamimi sebab dia dah tak larat nak masak . Lagipun Cik Syamimi memang tengah bersemangat nak belajar kan . So why not kan . 

Resepi masak lemak ni tak pakai minyak langsung tau sebab seboleh-bolehnya nak kurangkan penggunaan minyak . Jangan risau resepi ni tetap sedap walaupun tak tumis . Buktinya , Aunty makan bertambah dua kali tau ! Bab pemakanan  dia agak cerewet sikit dan memilih , tapi Alhamdulillah masakan Cik Syamimi dia boleh makan . Hehe ! πŸ˜‚πŸ’ͺ

Paling ummph digandingkan dengan : (ikan sepat)
Kalau nak hilang kan masin , boleh rendam ikan sepat ni dalam air garam semalaman.


So jom kita start !

Hidangan : πŸ‘¦πŸ‘¦πŸ‘§πŸ‘§


Bahan-bahan  :
  • 2 batang petola ular
  • sepeket putik jagung
  • cendawan
  • gula
  • garam
  • perasa (optional)
  • serbuk lada hitam



Bahan-bahan untuk dikisar :
  • 2 ulas bawang merah
  • 5 ulang bawang putih
  • 3 batang cili besar merah
  • 5 inci kunyit segar
  • 2 kotak santan 
  • segenggam ikan bilis mentah

Cara-cara:
  1. Masukkan bahan kisar kedalam periuk .
  2. Masukkan setengah jug air dan biarkan mendidih .
  3. Masukkan gula , garam, serbuk lada hitam dan perasa (optional) .
  4. Masukkan petola ular , putik jagung dan cendawan .
  5. Biar mendidih dan taburkan bawang goreng . Didihkan sehingga aroma semerbak memenuhi ruang dapur korang . Hahahaahah ! Siyes tau , sedap gila bau . 
  6. Siap untuk dihidang ! 
ps: cuba tauu! πŸ’“

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum kepada pembaca :) . Terima kasih kerana sudi membaca blog Cik Syamimi ! Nak request artikel apa-apa , awak boleh komen bawah ni . Lots of love for you'all !