Monday, June 7, 2021

RESEPI CEKODOK PISANG




Assalammualaikum korang ! Hahahaaha bahagianya Cik Syamimi dapat jumpa korang lagii. Syawal pun bakal menutup tirainya . Dan seperti yang korang sedia maklum , kita sekarang berada dalam keadaan lockdown , makanya jagalah diri kita sebaik mungkin . #Stayhome #Staysafe love you  alls !

So gais , sementara duduk duduk rumah tu tak buat apa petang2 tu kan , Cik Syamimi nak share resepi mudah lagikan simple untuk santai-santai sambil tengok tv . Kat dapur tu kan kalau ada pisang lebih2 yang dah terlajak masak tu kan , ataupun kalau kat market ada jual yang mur mur tu , hah beli sebakul .  Jom kita buat jemput2 pishangg VERSI CIK SYAMIMI !

Welkem2 pisang ni ada banyak version. Ada sesetengah orang mungkin suka yang kembang dan ada sesetengah nya lagi suka yang biasa . Sebab yang kembang sometimes banyak sangat minyak yang meresap. Kita pun kena la jaga kesihatan . Bahaya makan minyak ni . Okey jom kita start ! Lesguuuu..

Bahan-bahan :
10 biji pisang masak 
7 sdb tepung gandum (pakai sudu yang kedai tomyam pakai tu)
1/2 cawan air 
1 sdk air kapur
1 sdk perisa banana (optional)
3 sdb gula (terpulang)
1 sdk garam
1 sdk serbuk penaik ( kalau suka kembang2 bole letak)

Cara-caranya :
1. Lenyekkan pisang sehingga hancur . Cik Syamimi tak suka sangat kalau hancur , so just lenyekkan tapi still ada ketulan pisang . 

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit supaya tepung mudah untuk bersatu dengan pisang . Sambil-sambil gaul tu kalau rasa berat , masukkan air sedikit-demi sedikit . 

3. Masukkan air kapur , perisa banana , gula dan garam . Kacau rata . If korang nak cekodok korg kembang membulat bole masukkan serbuk penaik sedikit . 

4. Adunan jemput-jemput pisang siap dan sedia untuk digoreng sehingga keperangan . Api hendaklah level sederhana sahaja supaya cekodok tu masak dengan sekata . 


Selamat Mencuba . Apa yang penting cekodok ni dah sejuk pun still sedap tau ! 

 

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum kepada pembaca :) . Terima kasih kerana sudi membaca blog Cik Syamimi ! Nak request artikel apa-apa , awak boleh komen bawah ni . Lots of love for you'all !