Assalammualaikum wbt ,
Hai korangg , berjumpa lagi kita dalam entri resepi baharu yang akan Cik Syamimi kongsikan dalam blog ini . Dua hari lepas , Cik Syamimi baru belajar dengan Bonda cara untuk membuat ketupat dakap ni . Ada sesetengah orang panggil ketupat dakap ,dan ada yang panggil pulut dakap. Tak kisah la apa pun nama dipanggil , asal nampak 2 bungkus pulut yang dibalut dengan daun pisang dan diikat sekali , dakap la tu .
Ada lagi satu jenis ketupat yang dipanggil ketupat palas . Bagi korang yang baru nak belajar tu , Cik Syamimi nak share sikit , kalau korang nak buat ketupat palas yang tiga segi tu , bahan nak buat pulut dia tu sama je macam ketupat dakap . Just balutan dan bentuk sahaja yang berbeza. Ikut lah kesukaan korang , ada yang suka ketupat dakap ni sebab daun pisang mengeluarkan aroma yang wangi berbanding daun palas. So , Here we goo !
Let's Start !
PEMBUATAN PULUT :
So gais, sukatan bahan2 yang Cik Syamimi listkan kat bawah adalah untuk hasilkan anggaran dalam 40 dakapan ketupat ( 80 ketupat solo ) . Allright , bahan2 diperlukan adalah :
- 2 kg beras pulut
- 1 kg santan fresh
- Gula secukupnya
- Garam secukupnya
Cara - caranya :
1. Basuh bersih dan rendamkan beras pulut kita selama 1 malam .
2. Kukus beras pulut yang telah direndam semalaman sehingga masak . Buat lubang ditengah-tengah beras tu supaya pulut cepat masak . Dah masak , pindahkan dalam bekas yang luas , senang nak gaul .
3. Masak santan fresh didalam periuk , tambahkan gula dan garam . Anggaran boleh ikut citarasa korang . Bonda Cik Syamimi masukkan 1 cawan gula dan 2 sudu garam . Kalau nak pulut korang tu rasa lemak2 , boleh kurangkan gula . Adjust je.
4. Kacaukan selalu santan kita tu supaya santan tak pecah . Matikan api apabila santan dah mendidih seketika .
5. Angkat santan dan boleh tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam pulut kita supaya pulut sebati . Kacau sehingga sebati . Tuangkan panas2 pun takpe . Jangan tunggu pulut sejuk nanti susah nak kacau , pulut jadi agak keras sedikit.
6. Dah sebati tu , time ni lah korang bole bahagi2 ke beberapa bekas untuk variasi kan pulut korang ni . Ada yang buat pulut kosong (pulut manis) , jagung , kacang , dsb .
7. Bentukkan pulut bujur- bujur .
CARA NAK BALUT DENGAN DAUN PISANG :
Allright , kita perlukan anggaran 3 ikat daun pisang kalau korang beli kat luar .
1. Potong daun pisang kepada saiz sederhana (separuh kertas A4) .
2. Basuh daun pisang , gosok dengan perlahan pada permukaan daun pisang sambil alirkan air dengan perlahan .
3. Lap daun pisang dengan kain kering .
4. Layurkan daun pisang di atas api yang kecil supaya daun pisang tidak terlalu hangus . Hanya layur pada sebelah bahagian untuk mengelakkan daun terlalu lembik . Lembik macam tak kena perkataannya , aaa mcm ni , jangan sampai daun pisang korang bergulung . Sebab kan , bila kita kukus nanti , daun terus jadi hitam , seram hahahaha.
Tau korang, sebab Cik Syamimi punya jadi hitam π, yela kan 1st time belajar buat . Tapi yang penting tak menjejaskan rasa pulut pun.
So korang dah bole ke part seterusnya . Jom kita menggulung !
1. Potong tali rafia sepanjang lengan korang . Simpulkan pada hujung dan tali tu korang belah dua . Jadi panjang . Settle.
2. Letak pulut yang dah dibentukkan ke atas daun pisang pada bahagian licin (bahagian bawah daun pisang) .
3. Gulung lah sampai ke penghujung dunia , eh penghujung daun pisang . Lipat je bahagian hujung tu macam kuih lepat . Sedapnya lepat ! Jadi ketupat dakap korang mesti panjang2 tau .
4. Buatkan pasangan dia ( jangan biar dia single ) . kemudian , Selitkan tali rafia ditengah2 pasangan tadi anggaran 5 cm atau panjang jari telunjuk korang di hujung . Lilit 2 kali di hujung kanan , 2 kali di tengah , dan 2 kali di hujung kiri kemudian selit semula di tengah2 dakapan mereka . Ikat mati je terus nanti nak makan gunting buang jugak tali tu .
5. Panaskan pengukus , kukus ketupat korang tu selama 1 jam , api sederhana .
6. Kalau nak rebus pun bole , letak ketupat dalam periuk , isi air paras2 ketupat , tunggu sampai air agak kering . Boleh juga direbus dalam rice cooker , boleh jimat gas kan. Pastikan air dah nampak kering baru angkat pulut dakap tu. Kalau tak , rasa manisnya akan kurang sebab dah resap dalam air
7. Dah siap , sejukkan dulu ketupat , makan sejuk2 sedap , tekstur lebih kenyal dan mampat .
8. Tak cuba rugi ! SELAMAT MENCUBA KORANG ! ππ
TIPS :
1. Jangan lilit ketupat ketat sangat sebab bila nak rebus/kukus , ketupat akan mengembang sedikit , untuk mengelakkan daun pisang pecah . Bila dah pecah , makanya pulut pun terkeluar.
2. Jangan layur daun pisang terlalu lama , menyebabkan warna daun pisang bertukar hitam apabila dikukus/rebus .
3. Selain dilayurkan di atas api , kalau musim panas , korang bole jemur daun pisang , mungkin rasanya lebih menarik , Cik Syamimi tak pernah try lagi .
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum kepada pembaca :) . Terima kasih kerana sudi membaca blog Cik Syamimi ! Nak request artikel apa-apa , awak boleh komen bawah ni . Lots of love for you'all !