Wednesday, May 19, 2021

Resepi Risol Mayo CREAMY | Mudah Cepat (Anak-anak mesti suka ! )

 

ASSALAMMUALAIKUM WBT,
πŸ’™Hai semua kini Cik Syaamimi kembali lagi dengan resepi baharu . Orait gais , resepi kali ini adalah resepi ringan ,ringkas dan yang paling penting mudah . Mesti korang tertanya-tanya kan , apa jenis makanan risol mayo ni . Okey , meh sini Cik Syamimi bagitau .

πŸ’œRisol mayo ni adalah makanan yang Cik Syamimi belajar dari bonda , dan resepinya berasal dari negara seberang ,Indonesia. Seperti yang korang tau kan , Indonesia terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan yang divariasikan . Senang kata , diorang ni kreatif la , ada je idea nak buat dan boleh dijual . 

πŸ’›Risol Mayo ni , ala-ala lempeng tapi digoreng semula seperti dalam resepi dibawah .Boleh di frozen . Pada pendapat Cik Syamimi , Risol Mayo ni sangat sesuai untuk dijamu sebagai hidangan sarapan pagi , minum petang , ketika bersantai bersama keluarga dan ketika hujan. Biasalah masa hujan kan lapar , jadi korang boleh la cuba resepi Risol Mayo ni . Memang kenyang lah . Di kesempatan ini Cik Syamimi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca . πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ


 Okey , jom kita start ! 

Bahan kulit : 
  •  240 gram tepung gandum / flour 
  •  600 ml air / water 
  •  1 tbs garam / salt 
  •  2 biji telur / eggs 
  •  2 tbs minyak masak / cooking oil 
 Cara - Cara membuat kulitπŸ’“ : 

 Disini Cik Syamimi sertakan video ringkas kulit Risol MayoπŸ’ 

 1. Campurkan air , gandum dan garam , kacau sebati sehingga tiada ketulan tepung . 
 2. Masukkan 2 butir telur dan minyak.
 3. Adunan kulit siap !


 So , untuk buat kulit risol mayo ni as simple as korang nak buat lempeng . Tapi ketebalannya jangan tebal macam lempeng , just nice je supaya senang nak gulung . Kalau korang buat tebal , kulit tu akan senang koyak bila kita nak gulung . 



 Bahan inti : ( korang boleh ikut citarasa masing2) 
  •  4 biji telur rebus / boiled eggs 
  •  mayonis / mayonaise 
  •  hirisan ayam / sliced chicken 
  •  udang / prawns 
 Cara- Cara membuat inti πŸ’š:

 Untuk pembuatan inti , korang boleh pelbagaikan ikut kesukaan masing-masing , boleh buat kentang macam inti karipap atau sardin , atau ikutlah kreativiti korang . Tapi bonda Cik Syamimi lebih sukakan mayonis sebab katanya nanti risol mayo akan lebih rasa lemak - katanya hehe. 
 1. potong telur dadu .
 2. campur mayonis .
 3. kacau rata , udang dan ayam tu asingkan pun boleh , maksudnya tak payah campur dalam  telur , nanti nak gulung baru letak .
 4. bahan inti siap , so simple . 


 Bahan untuk golek risol mayo sebelum digoreng :
  •  tepung / flour 
  •  air / water 
  •  serbuk roti / bread crumbs


 After siap buat kulit tu , gulung la bersama inti macam korang nak buat popia . Then untuk gam bahagian hujung kulit , boleh bancuh tepung dan air . Tapi bancuhan perlulah pekat macam nak buat cengkodok / jemput-jemput / welkem2 . Hahahahah orait .

 Lepas siap korang menggulung tu , rehatkan kejap risol mayo tu dalam 5 minit supaya bahagian hujung tu betul2 melekat so nanti time nak goreng , tak delah terburai isi risol mayo korang dalam kuali tu , dah takde penjarakan sosial , beraya sakan dalam kuali πŸ˜†πŸ˜† . 


 Untuk rangupkan kulit bahagian luar , sebelum goreng tu , golekkan risol mayo korang dalam putih telur atau bancuhan tepung bersama air . lepastu golek-golek lah dalam serbuk roti .

 Goreng risol mayo tu sehingga kekuningan / keemasan . Jangan kecoklatan pulok . 😝Garing benor tapi kalau korang suka coklat-coklat , boleh  ajee .  Sebab risol mayo ni tekstur dia RANGUP DILUAR LEMBUT DIDALAM . MEMANG MARBELESSS MAMAMIAA  πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘…. 



 Selamat Mencuba ! Serious sedap dan creamy gila ! 



No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum kepada pembaca :) . Terima kasih kerana sudi membaca blog Cik Syamimi ! Nak request artikel apa-apa , awak boleh komen bawah ni . Lots of love for you'all !