Monday, January 15, 2018

KANSER NASOFARINGEAL erti/ciri/sebab/petanda/rawatan


A) Anatomy of human nasopharynx. (B) Location of nasopharyngeal ...

KANSER NASOFARINGEAL/ NASOPHARYNGEAL CANCER

Erti : Kanser Nasofaringeal merebak didalam nasofarinks sama ada benigna iaitu suatu bahagian dibelakang hidung atau diatas tekak.

-Ia terletak betul-betul dibawah dasar tengkorak dan hanya sedikit diatas lelangit lembut.

CIRI - CIRI PESAKIT YANG DIJANGKITI KANSER NASOFARINGEAL
Centre for Health Protection - Nasopharyngeal Cancer

-Lelaki : Ketumbuhan adalah TIGA kali lebih biasa dikalangan lelaki berbanding  wanita.
-Berusia LEBIH 35 tahun .

Kanser Pangkal Hidung - PORTAL MyHEALTHMalaysian Family Physicians - A child with epistaxis, reduced ...Head & Neck Cancer - PORTAL MyHEALTH


PENYEBAB UTAMA KANSER NASOFARINGEAL :

-Mewarisi kecenderungan untuk menghidap kanser nasofaringeal daripada ibubapa atau keluarga masing-masing.
-Faktor genetik.
-Kerap memakan makanan berjeruk  atau tinggi kandungan garam : ikan masin dan telur masin .
-Harissa : Adunan berasaskan cili berempah yang digunakan di Afrika Utara dikatakan mempunyai kaitan dengan risiko kansr nasofaringeal  yang meningkat di Tunisia.
-Jangkitan dari Virus Epstein-Barr, sejenis serangan penyakit yang biasa berlaku diseluruh dunia.
-Makanan berawet : Ikan masin yang menjadi makanan utama nelayan selama beberapa minggu berada di lautan .

TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN DARI PERSEPSI ISLAM


PETANDA AWAL KANSER NASOFARINGEAL
-Titisan cecair dari hidung.
-Hidung tersumbat.
-Masalah pendengaran : Telinga sebelah berdesing atau kedua-duanya.
-Masalah hidung berdarah

Image result for KEMOTERAPI KANSER NASOPHARYNGEALSering Muncul Tanpa Gejala, Ini Penyebab Kanker Nasofaring


PETANDA LAIN YANG MUNGKIN SUDAH LEWAT

-Penglihatan kabur berganda
 akibat serangan saraf-saraf yang mengawal pergerakan mata.

-Pening kepala.
-Rasa kebas diseparuh bahagian muka.
-Mengalami masalah pertuturan .
-Terdapat ketulan di leher.

RAWATAN
The cytotoxic effect of GW843682X on nasopharyngeal carcinoma ...
Recurrent nasopharyngeal carcinoma: a clinical dilemma and challenge

Contoh RAWATAN Sekiranya Kanser tersebut tidak merebak ke seluruh badan .

-Rawatan radiasi dan kimoterapi : menyebakan pesakit berasa letih ,dahaga dan sakit di dalam perut.Pesakit juga mungkin berapa pening selepas rawatan radiasi dilakukan.
-Pembedahan hanya akan dilakukan sekiranya insidens kanser nasofaringeal berulang semula setelah pesakit diberikan rawatan radiasi.

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum kepada pembaca :) . Terima kasih kerana sudi membaca blog Cik Syamimi ! Nak request artikel apa-apa , awak boleh komen bawah ni . Lots of love for you'all !