PENYAKIT TB ATAU TUBERKULOSIS ( BATUK KERING )
PENGENALAN TB
- Jangkitan bakteria TB ( tubercle bacilli) yang biasanya menyerang paru-paru
- Ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis) , sistem limfa , sistem peredaran , sistem genitourinari , tulang sendi , selaput otak , buah pinggang dan kelenjar.
- Ia juga merupakan sejenis penyakit berjangit yang berupaya membunuh sekiranya tidak mendapat rawatan dengan sempurna
-Penyakit tibi muncul sebagai pembunuh nombor satu di Malaya di antara tahun 1945 hingga 1957.
-Pada waktu itu, sebahagian besar katil-katil di hospital dipenuhi oleh pesakit berkenaan.
PUNCA PENYAKIT TB
- Penyakit ini disebabkan oleh kuman yang dikenali sebagai MYCOBACTERIUM TUBERCULOSIS.
CARA PENYAKIT TB MEREBAK
- Melalui pergerakan udara.
- Melalui penghidap bercakap , batuk atau bersin ,dan bakteria yang keluar melaluinya aku dihidu oleh individu-individu disekitarnya.
- Kuman ini boleh berjangkit di mana-mana bahagian tubuh seperti tulang, buah pinggang, usus, kalenjar, kulit, selaput otak dan juga kebiasaanya di paru-paru.
GEJALA-GEJALA ATAU TANDA-TANDA PENYAKIT TB
- Batuk berdarah atau berkahak.
- Sakit dibahagian dada apabila batuk dan menarik nafas.
- Lemah dan keletihan.
- Susut berat badan.
- Kehilangan selera makan.
- Menggigil.
- Demam diwaktu petang dan malam .
- Berpeluh waktu malam.
- Batuk melebihi 2 minggu.
PERHATIAN !!!!! TB sangat bahaya, mudah berjangkit dan jika dibiarkan boleh membawa maut.
ANTARA KUMPULAN YANG BERISIKO TINGGI MENGHIDAPI TB
- Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
- Mereka yang mendampingi atau dikelilingi pesakit batuk kering.
- Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar atau peratus jangkitan batuk kering yang tinggi
- Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
- Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.
- Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.
- Pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.
USAHA DAN INISIATIF UNTUK MENCEGAH PENYAKIT TIBI
- Jika anda rasa anda mengalami tanda-tanda yang telah dinyatakan di atas , segeralah mendapatkan rawatan untuk pengesahan jika anda dijangkiti penyakit TIBI.
- Patuh akan arahan yang diberikan oleh doktor .
CARA UNTUK MENGESAN DAN RAWATAN TB
- melalui pemeriksaan kahak
- melalui pemeriksaan X-Ray
- toux Test (untuk ahli keluarga atau rakan yang rapat dengan pesakit TB).
- Rawatan bagi pesakit TB pula memang ketat dan dipantau
- Pesakit akan menjalani rawatan selama 6 bulan berturut-turut supaya semua kuman TB di dalam dan luar sel terhapus sepenuhnya.
- 2 bulan pertama pesakit perlu makan setiap dos ubat disaksikan pegawai kesihatan terlatih.
- Manakala 4 bulan seterusnya, pesakit perlu ambil ubat 2 kali seminggu di bawah pantauan juga.
- Para pesakit TB juga boleh berikhtiar dengan mengambil supplement yang mempunyai kelulusan KKM .
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum kepada pembaca :) . Terima kasih kerana sudi membaca blog Cik Syamimi ! Nak request artikel apa-apa , awak boleh komen bawah ni . Lots of love for you'all !