Monday, March 19, 2018

KURAP / KADAS / RINGWORM definisi/gejala/punca/cara mengatasi/ubat-ubatan

KURAP ( WORMRING ) / TINEA CORPORIS


Why Do We Scratch An Itch Mit Technology Review Scratch GIF - LowGif



DEFINISI KURAP ?

-Penyakit yang memberi kesan kepada kulit dan disebabkan oleh kulat .
-Ia disebab oleh jamur (fungi) yang ada dimana-mana disekeliling kita seperti : - 

  1. Kolam renang
  2. Bahagian pelipat pada badan kita
  3. Tanah
  4. Bilik tidur 

-Ianya mudah dikenali dengan kemunculan kemerahan ruam merah-coklat luar yang berbentuk cincin atau bulat dan garis-garis yang tidak teratur. (bahagian tepinya adalah paling aktif)

-Kebiasaannya penyakit ini merebak disebabkan jangkitan pada benda hidup atau mati seperti darpada penderita kurap yang lain ataupun daripada haiwan yang menderita penyakit ini . 


-Kepada penderita kurap ini , mereka akan merasa kegatalan yang ketagih terutamanya pada kulit yang telah dijangkiti kurap ini dan sekelilingnya  apabila mereka mula menggaru pada bahagian tersebut.
-Mereka juga akan mengalami keadaan yang kurang selesa apabila pergi kemana-mana terutamanya ke kawasan yang bersuhu tinggi atau berhaba panas .


GEJALA TERJADINYA PENYAKIT KURAP INI !!!


  • Munculnya berbentuk bulat , dengan penampakan warna bening yang tinggi berisi air pada bahagian tepi-tepinya.
  • Rasa gatal yang hebat dan keterlaluan .
  • Terjadi peradangan kulit pada gejala yang telah digaruk (berair,berdarah).
  • Apabila terkena air , terasa kesakitan dan kepedihan yang teruk dan perih.
  • Pada cuaca yang agak panas , ia akan berkeringat/berpeluh dan rasa gatal.
  • Kulit menjadi bersisik .




BAHAGIAN-BAHAGIAN YANG BIASA NYA TERKENA JANGKITAN KURAP INI !!!


  1. Antara  jari-jari kaki dan tangan.
  2. Kelangkangan.
  3. Pelipat antara paha dan betis.
  4. Pelipat lengan.
  5. Leher.
  6. Belakang kawasan telinga
  7. Ketiak.
  8. Kawasan Payudara.
  9. Kepala.
  10. Dalaman punggung.
  11. Kuku.

PUNCA-PUNCA/SEBAB DIJANGKITI PENYAKIT KURAP INI 

Image result for haiwan berkurap

  • Tahap kebersihan diri dan persekitaran kurang memuaskan.
  • Seluar dalam tidak ditukar melebihi 24 jam .
  • Tidak mengenakan pakaian yang bersih 
  • Memakai pakaian yang sama sehingga berbau.
  • Tidak membersihkan dan mengeringkan dengan betul bahagian kelangkang selepas membuang air .
  • Berkongsi pakaian dengan si penderita penyakit kurap.
  • Tidak mandi selepas bersukan .
  • Memakai pakaian yang tebal pada cuaca yang panas sehingga mudah mengeluarkan peluh / keringat pada bahagian pelipat.
  • Sering bermain dengan haiwan perliharaan yang mempunyai penyakit kurap.
  • Topi dan rambut tidak dibersihkan dengan kerap.
  • Sering bermain dengan tanah.
  • Contact terus dengan si penderita kurap (sentuhan).



BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN /MENJAUHI PENYAKIT KURAP INI ????!!!

Jerry Seinfeld Help GIF by HULU - Find & Share on GIPHYImage result for bad smell shoes


  • Selalu menjaga dan membersihkan diri kita .
  • Selalu membersihkan bilik mandi kerana bilik mandi adalah kawasan yang paling sesuai untuk jamur membiak.
  • Selalu membersihkan tempat tidur terutamanya bantal dan cadar.
  • Pakailah pakaian yang bersihkan dan gantikannya dengan yang baharu setiap harii.
  • Hindari bersentuhan secara langsung dengan penderita penyakit kurap.
  • Hindari menggunakan peralatan yang sama digunakan oleh penderita penyakit ini.
  • Elakkan menggunakan kasut dalam jangka masa yang lama pada cuaca panas bagi mengelakkan kaki berpeluh sehingga menyebabkan pembiakan jamur.
  • Menggunakan selipar atau alas kaki ketika masuk ke dalam bilik air.
  • Mengeringkan badan dengan betul selepas mandi.
  • Biasakan mencuci dan membersihkan tangan sebelum dan selepas melakukan sesuatu aktiviti.
  • Sentiasa membersihkan kuku daripada daki-daki yang melekat.
  • Kerap menukar seluar dalam selepas melakukan aktiviti berpeluh.
  • Biasakan mandi dengan menggunakan sabun anti-bacterial.
  • Jagalah kebersihan haiwan perliharaan .
  • Elakkan berkongsi sikat /sisir yang sama .
Kurap - PORTAL MyHEALTHTinea Corporis - Pictures, Treatment, Causes, Symptoms | HubPagesAn Itchy, Round Rash on the Back of an Adolescent's Neck ...


INISIATIF TRADISIONAL UNTUK MERAWAT KURAP / KADAS

Pengubatan tradisi yang boleh digunakan adalah : -

Galangal Thai Cuisine - DINSOR Co., Ltd.Garlic GIF - Garlic Cut Prepare - Discover & Share GIFs
  • Bawang putih
  • Lengkuas
Caranya :-
  1. Tumbuk bahan-bahan diatas sehingga halus dengan perbandingan atau nisbah 1:4 
  2. Sapukan pada bahagian yang terkena jangkitan / infeksi .
  3. Sapu secara konsisten sehingga sembuh.
  4. Jika semakin melarat , jumpalah doktor pakar kulit.

ANTARA UBAT-UBATAN YANG BOLEH ANDA IKHTIAR BAGI MENGUBATI PENYAKIT KURAP : -

Image result for naftifineπŸ”₯Ubat Krim Gatal Kurap Kulit READY STOCK | Shopee MalaysiaEconazine - nanaliew's blog

  • Amorolfin
  • Butenafine
  • Ciclopirox
  • Clotrimazole
  • Econazole
  • Haloprogin
  • Selenium Sulfide (sampo untuk panu)
  • Oxiconazole
  • Ketoconazole
  • Nystatin
  • Naftifine
  • Miconazole
-Dengan penggunaan ubat-ubat yang telah disahkan doktor ini , tempoh masa biasa yang telah dapat dilihat perubahan seperti ruam semakin berkurang adalah antara 7-10 hari.
-Tempoh masa maksimumnya sehingga 14 hari 

-Jika tiada perubahan pada penyakit tersebut malah lebih teruk , anda disarankan untuk terus mendapatkan rawatan segera bagi mengesan masalah anda . 

Gifs | UK Student Climate NetworkImage result for calendar

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum kepada pembaca :) . Terima kasih kerana sudi membaca blog Cik Syamimi ! Nak request artikel apa-apa , awak boleh komen bawah ni . Lots of love for you'all !