Hai , Assalammualaikum kepada semua pembaca blog Cik Syamimi . Kali ini Cik Syamimi ingin berkongsi artikel berkenaan anxiety ataupun kemurungan . Disebabkan Cik Syamimi dapat banyak permintaan daripada korang ,so here it is π.
DEFINISI KEMURUNGAN ( ANXIETY DISORDER )
- Umumnya , kemurungan merupakan satu bentuk gangguan emosi terhadap seseorang tanpa mengikut peringkat umur.
- Ia juga ditakrifkan sebagai penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun.
- Ini akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut, termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya. Sekiranya tidak ditangani secara efektif, ianya boleh mendorong kepada tindakan membunuh diri.
- Ketahuilah bahawa purata tertinggi penghidap kemurungan adalah terdiri daripada wanita berbanding lelaki dengan kadar nisbah 2: 1
- Selari dengan perangkaan global, kemurungan juga merupakan penyakit keempat serius di Malaysia. Tetapi jika mengikut pecahan jantina, ia berada di tangga ketiga bagi wanita dan ke-10 bagi lelaki.
MENGAPA SESEORANG MENGALAMI
KEMURUNGAN ?
Antaranya :
- Keruntuhan institusi keluarga ( Masalah keluarga yang memberi tekanan kepada diri ). Seperti penceraian , berlaku sedikit salah faham , perebutan harta , pasangan yang pemarah dan sebagainya.
- Anak-anak yang kurang kasih sayang daripada kedua ibu bapa kerana kesibukan memcari wang.
- Mengalami penyakit kronik secara mengejut seperti epilepsi dan kanser.
- Penyalah gunaan dadah .
- Menggunakan ubat-ubatan tertentu seperti steroid , ubat cegah kanser.
SESEORANG YANG MENGALAMI KEMURUNGAN SELALUNYA ...
Ciri-ciri kemurungan termasuklah:
- Mudah tersinggung
- Tidak bermaya
- Tidak berupaya untuk menikmati aktiviti-aktiviti kegemaran
- Rasa bersalah yang tidak menentu
- Sakit – sakit badan
- Kehilangan fungsi tubuh yang tidak boleh diperjelaskan seperti sentiasa mengalami sakit kepala, letih atau sakit perut
- Jauhkan diri daripada sahabat dan keluarga
- Cubaan untuk mencederakan diri sendiri dan membunuh diri
- Sentiasa rasa ingin menangis. ( ketahuilah bahawa pelajar baru pertama kami memasuki asrama sering mengalami "homesick" . Homesick juga boleh dikatakan sebagai kemurungan awal .
- Hal ini kerana pelajar tersebut akan ke tandas atau ke tempat-tempat sunyi untuk menangis sepuas-puasnya. Nasihatilah anak anda jika homesick, luahkanlah kepada warden atau rakan-rakan πππ) .
- Berfikiran negatif.
- Anhedonia (perkataan Greek bermakna tiada kenikmatan; tidak dapat merasa nikmat daripada aktiviti harian yang digemari)
- Perasaan tidak endah
- Hilang minat dan rasa seronok
- Hilang minat terhadap hubungan seks.
- Hilang berat badan dan selera makan secara mendadak
- Mengalami gangguan tidur
- Mudah sensitif
- Resah
- Keliru
- Kadar konsentrasi yang lemah
- Kesunyian
- Perasaan negatif: Hilang harapan, rasa tidak berguna, rasa bersalah, ingin membunuh diri
- Masalah-masalah fizikal termasuk: sakit belakang, sakit kepala, pening, kesakitan kronik dan masalah perut.
CARA MENGATASI KEMURUNGAN MENGIKUT ISLAM :
Allah SWT ada berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud "Maka ingatlah kepada Ku . Aku akan ingat kepadamu "(surah al-Baqarah ayat 152).“Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat” (al-Baqarah, ayat 153
- Berwudhu' menyucikan diri dari hadas kecil
- Melazimi diri membaca Al-Quran
- Meratibkan salawat keatas junjungan kekasih Allah , Nabi Muhammad SAW
- Mengingatkan diri akan kematian dan balasan diAkhirat kelak
- Menjaga kesihatan melalui pemakanan sunnah
- Memupuk sifat mahmudah dalam diri
- Mendidik anak-anak kearah keagamaan sejak kecil
- Ibubapa menjadi contoh teladan (role model) kepada anak-anak untuk dicontohi.
BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MENHIDAP KEMURUNGAN ?
- Anak-anak meluahkan masalah kepada ibu bapa
- Ibu bapa menjadi rakan baik kepada anak-anak dirumah .
- Bertemu dengan kaunselor sekolah untuk mendapatkan motivasi diri atau nasihat penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi
- Meminta pendapat dengan pakar yang lebih berilmu dan beragama
ATAU
Memberi cadangan untuk terus berjumpa :
- Doktor
- Ahli Psikiatri
- Ahli Psykologi
KISAH-KISAH PENGHIDAP KEMURUNGAN :
NASIHAT DIRI : SEGERALAH KELUAR DARIPADA KEPOMPONG DEPRESI KERANA SETIAP ORANG MEMPUNYAI RUANG DAN LORONG KEJAYAAN . ANDA MAMPU MEMPEROLEH PELUANG KEDUA DAN KETIGA SEKIRANYA ANDA BANGKIT SEKARANG !
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum kepada pembaca :) . Terima kasih kerana sudi membaca blog Cik Syamimi ! Nak request artikel apa-apa , awak boleh komen bawah ni . Lots of love for you'all !