Sunday, February 3, 2019

RESEPI KEROPOK LEKOR IKAN SARDIN MUDAH rangup diluar lembut di dalam



Perkongsian resepi ini  daripada Chef Muhd Fahim kepada adiknya yang tidak berapa mahir memasak . Beliau di negara seberang berkongsi resepi ini menerusi panggilan video  sambil berbual hal lain bagi mengeratkan hubungan persaudaraan antara kami. Saya dengan ringan tangan juga menaip untuk berkongsi kepada anda semua πŸ’—! Terima kasih , ngah !

Hidangan πŸ‘† : πŸ‘€πŸ‘€πŸ‘€πŸ‘€πŸ‘€πŸ‘€πŸ‘€  
Hasil : 40 biji πŸ‘…   
Resepi Keropok Lekor Homemade Penuh Isi Ikan, Makan Rebus Pun Sedap!Perfection Flawless GIF - Perfection Perfect Flawless - Discover ...                  

BAHAN-BAHAN :

  • 3 tin sardin (tanpa kuah)
  • 1 paket tepung ubi (500g)
  • 1 sdk tepung jagung
  • 1 sdk baking powder
  • garam secukup rasa
  • 1 sdt ajino-moto (perasa lain juga boleh jika mahu)
  • Sediakan air secukupnya
 CARA-CARA MEMBUAT:
Resepi Keropok Lekor 3 Bahan. Senang Je Nak Buat Rupanya!
Buat sendiri boleh la potong pelbagai bentukπŸ‘ŒπŸ‘

  1. Ramas ketiga-tiga tin sardin di dalam besin sehingga halus.
  2. Masukkan tepung ubi. Gaul rata.
  3. Masukkan garam secukup rasa bersama perasa ajino-moto , baking powder dan tepung jagung.
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan menggaul.
  5. Gaul sehingga rata dan mudah untuk dibentuk.
  6. Genggam-genggam adunan anda dan mula membentuk secara membujur dengan mampat.
  7. Panaskan minyak dan mula menggoreng.
  8.  Goreng keropok lekor anda sehingga terapung.
  9. Keropok lekor siap diangkat dan dihidang bersama sos cili. YUMMY ! 
  10. Selamat mencuba ! πŸ’•

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum kepada pembaca :) . Terima kasih kerana sudi membaca blog Cik Syamimi ! Nak request artikel apa-apa , awak boleh komen bawah ni . Lots of love for you'all !