Assalammualaikum wbt . Apa khabar ? Kali ini Cik Syamimi rajin untuk berkongsi resepi Mee Goreng Daging. Sebenarnya entri kali ini sangat sesuai kepada pembaca-pembaca yang mahu belajar memasak. Sebab resepi ni jugak adalah resepi pertama yang Cik Syamimi belajar daripada Bonda Cik Syamimi .
Cik Syamimi harap sangat resepi ni dapat membantu anda yang baru belajar memasak . Oh ya ! Resepi ini juga , Bonda masak untuk buat makan2 tau ! Jadi mestilah sedapppp ! πππ¦πππ. JOMMM KITA START :
Bahan-bahan :
- Bawang Putih 5ulas (diketuk / dihiris nipis)
- Bawang Merah 3 biji (ditumbuk lumat / dihiris nipis)
- Cili Kisar / Sambal Tumis (secukupnya , sebab ada jenis cili yang pedas)
- Mee (sebungkus)
- Daging mentah (dipotong dadu) / Daging Kisar ( letak saja berapa banyak nak / optional - boleh ganti dengan seafood atau ayam)
- Sayur-sayuran ( Sawi , Taugeh , cendawan sayur lain yang anda suka )
- Serbuk Penambah Rasa (optional)
- Garam
- Meatball / Fishball / Tak kisahla nak tambah apa lagi .
Cara-cara :
- Tumis bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan bawang merah . Tumis sehingga bawang layu dan berbau harum .
- Masukkan Cili Kisar dan masak selama 15 minit dengan api sederhana . Tutup kuali supaya tidak terpercik . Apabila minyak telah terapung , maknanya Cili Kisar dah masak / Masukkan sambal tumis . Masak seketika . Tidak perlu terlalu lama sebab sambal memang dah masak .
- Masukkan daging . Kacau rata .
- Masukkan Meatball / Fishball / apa2 yang anda nak tambah , sotong ke apa ke . Kacau smpai masak.
- Masukkan Mee , Sawi dan taugeh . Kacau Rata lama sikit .Gaul lama supaya rempah sekata dan mee lambat basi . Tambahkan sedikit kicap (optional) Lagi sedap letak kicap pekat , Bonda beli jenama Mudim / Cik Syamimi lebih suka kicap Mahsuri .
- Masukkan garam , Serbuk penambah rasa secukupnya . Kacau2. SIAPPP ! SENANGNYA !!!!
Hiasan : Potong halus dan taburkan . Ermmmm lagi menaikkan selera !!!
SELAMAT MENIKMATI HIDANGAN ANDA !! ALHAMDULILLAH π.
Semoga Bermanfaat ππππ❤π―
- Jika menggunakan daging mentah , anda boleh merebusnya dahulu untuk menjimatkan masa . Jika tidak direbus , anda perlu masukkan 1/4 cawan air ke dalam tumisan dan tumis daging sehingga kering . Lagi bagus kalau ditutup .
- Mi goreng yang telah disimpan dalam peti bawah , panaskan dengan menambah sedikit air supaya mi tidak hangus. Kemudian tutup periuk seketika .
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum kepada pembaca :) . Terima kasih kerana sudi membaca blog Cik Syamimi ! Nak request artikel apa-apa , awak boleh komen bawah ni . Lots of love for you'all !